Pemberontakan 2010 Gerakan_Houthi

Pada 22 Julai 2010, pemberontak Syiah Houthi melancarkan tentangan terhadap penyokong kerajaan Yaman. Seramai 20 orang terbunuh. Mereka berjuang dan berperang enam kali sejak 2004. Seramai 50 orang telah terbunuh terutama di Harf Sufyan di wilayah Amran. Kawasan ini dikuasai dan dikawal oleh puak penyokong kerajaaan - Bin Aziz. Bagaimanapun pemimpin Houthi mendakwa mereka berperang dengan kerajaan, bukan dengan puak yang lain.

Sejak Ogos 2009, ribuan penduduk pindah dan belum kembali lagi ke tempat asal mereka. Mereka terpaksa tinggal di dalam khemah yang disediakan leh Bulan Sabit Merah Yaman dan PBB. Presiden Yaman Ali Abdullah Saleh menyatakan tidak ada tanda-tanda konflik baru. Professor Ahmed Abdul-Karim Saif dari Universiti Sana'a menyatakan perang ini antara puak Houthi dengan puak lain yang menyokong kerajaan Yaman. Pemimpin puak Bin Aziz adalah penyokong Parti Kongress Rakyat Yaman.

Delegasi Qatari telah dihantar bagi menyelesaikan konflik puak atau konflik kaum tersebut dan membina serta membangunkan semula Saada. Penyelesaian konflik dengan bantuan Emir Qatar. Presiden Salleh telah berunding dengan Emir Qatar dan Perjanjian Doha telah ditandatangani.

Sebelum ini suspek militan al-Qaeda telah menyerang dan membunuh 5 tentera Yaman di wilayah Shabwa. Beberapa yang lain telah cedera.[75]

Rujukan

WikiPedia: Gerakan_Houthi http://www1.voanews.com/english/news/middle-east/C... https://web.archive.org/web/20141006141708/http://... http://tonyblairfaithfoundation.org/religion-geopo... https://sanaacenter.org/publications/analysis/9050 https://books.google.com/books?id=9OmjMIXfbD8C&q=A... https://web.archive.org/web/20230117130601/https:/... https://thehill.com/opinion/international/365552-t... https://web.archive.org/web/20210817155724/https:/... https://fas.org/sgp/crs/mideast/R43960.pdf https://web.archive.org/web/20210807074027/https:/...